- Lafaz Niat Puasa Ganti
- Lafaz Niat Puasa Ganti Digabung Puasa Sunat Enam Syawal
- Hukum Gabung Puasa Ganti Ramadan Dengan Puasa Enam
- Waktu Untuk Qadha Puasa Ramadan
- Hari Yang Diharamkan Melakukan Puasa
- Bagaimana Jika Gagal Qadha Puasa Dalam Tempoh Setahun?
- Siapakah Yang Wajib Ganti Puasa Ramadan?
- Qadha Puasa Akibat Bersetubuh Di Bulan Ramadan
- Panduan Pengiraan Bayar Fidyah
Lafaz Niat Puasa Ganti
Lafaz bagi niat puasa qadha, niatnya adalah seperti berikut: Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala Niat Dalam Melayu
Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Puasa Ganti Digabung Puasa Sunat Enam Syawal
Jika anda ingin menggabungkan Puasa Qadha tersebut dengan Puasa Sunat Syawal, maka niatnya adalah seperti berikut: NawaiTu Sauma Ghodin ‘an Qodho’ie RomaDhoNa Ma’a SitTati SyawWaaLi Lillahi Taala
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.
Hukum Gabung Puasa Ganti Ramadan Dengan Puasa Enam

Adakah boleh menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa ganti dan puasa enam hari di bulan Syawal?
Sebenarnya berlaku khilaf di kalangan ulama mengenai perkara ini.
Terdapat dua pandangan mengenai hal ini:
Pandangan pertama, jumhur ulama mengatakan kita kena puasa ganti ramadan terlebih dahulu, kemudian selepas itu barulah dibuat Puasa Sunat Enam. (pendapat ini lebih afdal)
Pandangan kedua, ada sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan Puasa Sunat Enam Syawal. Kita akan dapat dua-dua pahala (qadha dan sunat)
Dalam perkara khilaf sebegini, ia terpulang kepada kita nak gunakan pendapat yang mana satu.
Jika pilih pandangan pertama pun boleh, pandangan kedua pun boleh.
Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai masalah ini:
Waktu Untuk Qadha Puasa Ramadan

Qadha puasa atau ganti puasa Ramadan boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya.
Secara mudahnya, anda mempunyai lebih kurang satu tahun untuk melakukan puasa ganti.
Lakukan puasa ganti secepat mungkin. Ini kerana puasa ganti wajib ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadan seterusnya.
Hari Yang Diharamkan Melakukan Puasa

Antara hari yang diharamkan berpuasa adalah:
1. Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
2. Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bagaimana Jika Gagal Qadha Puasa Dalam Tempoh Setahun?

Jika anda gagal melakukan puasa ganti sepanjang tempoh tersebut, maka anda diwajibkan untuk membayar fidyah.
Bagi yang tidak tahu, maksud fidyah adalah:
Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Ia dikeluarkan mengikut bilangan hari berpuasa yang ditinggalkan dan diberikan kepada fakir miskin.
👉 Anda boleh membaca maklumat terperinci mengenai fidyah pada panduan ini
Siapakah Yang Wajib Ganti Puasa Ramadan?

Golongan yang diwajibkan untuk menggantikan puasa (qadha) adalah seperti berikut:
1. Orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebab
2. Orang sakit yang ada harapan sembuh.
3. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
4. Orang yang kedatangan haid dan nifas.
5. Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan.
6. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
7. Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
8. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadan.
Qadha Puasa Akibat Bersetubuh Di Bulan Ramadan

Dan suami juga wajib membayar kaffarah (denda) seperti berikut:
Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu;
Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus kalau tidak terdaya;
Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
Bagaimana pun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarah.
Bacaan lanjut mengenai kaffarah puasa pada pautan ini: Kaffarah Puasa Ramadan